BORUSSIA Dortmund menolak lamaran awal £44 juta daripada Arsenal untuk Pierre Emerick Aubameyang tetapi perbincangan masih berlangsung.

Dortmund mahu sekurang-kurangnya £53 juta untuk pemain skuad kebangsaan Gabon walaupun mereka mengekalkan rundingan mengenai perpindahan penyerang Arsenal, Olivier Giroud sebagai sebahagian daripada perbincangan.

Ketua Pegawai Eksekutif Dortmund, Hans-Joachim Watzke berkata: “Saya dapat mengesahkan bahawa terdapat permintaan pertama daripada Arsenal untuk Pierre-Emerick Aubameyang.

“Kami tidak mengulas mengenai jumlah yang ditawarkan dari England sejak tengah hari.”

Aubameyang berlatih selama satu jam pada pagi Sabtu selepas dia keluar padang dari permainan Borussia Dortmund menentang Hertha BSC pada Jumaat tetapi telah membuat penjelasan bahawa beliau mahu menyertai Arsenal. – Mail Online