Perkhidmatan penjara Zionis hari ini memindahkan penulis wanita Lama Khater dari penjara Ashkelon ke penjara Hasharon, setelah ditahan dan diinterogasi selama 34 hari berturut-turut.

Lama, 42, akan dibawa ke mahkamah untuk sesi ke-8 pengadilan pada 29 Ogos ini. Beliau dikenakan interogasi secara intensif dan zalim, yang mengambil masa selama 20 jam setiap hari.

Beliau ditangkap dari rumahnya di al-Khalil pada 24 Julai lalu, atas tuduhan menulis artikel-artikel yang menghasut, serta menjadi ahli kepada pertubuhan haram. Beliau menolak semua pertuduhan tersebut.

MAAN