Seorang wartawan menjadi mangsa bunuh kesembilan melibatkan pengamal media di Mexico, sepanjang tahun ini.

Mario Gomez ditembak mati ketika meninggalkan rumahnya di selatan negeri Chiapas, semalam.

Gomez, 38, sebelum ini menerima ancaman bunuh selepas menulis laporan mengenai aktiviti rasuah melibatkan individu berpengaruh di negeri tersebut.

Pada 2016, Gomez menerima ancaman serupa apabila mendedahkan amalan rasuah melibatkan dua pegawai kerajaan di Chiapas.

AFP