Kubur besar mengandungi sekurang-kurangnya 23 mayat militan Daesh ditemui di wilayah Nineveh, kata pasukan keselamatan Iraq.

“Kesemua mayat berkenaan dipercayai berpangkat komander kanan dan dibunuh anggota Daesh sendiri kerana mengingkari arahan,” kata Pegawai Biro Media Operasi Komando Nineveh, Kolonel Saleh Sheef.

Menurutnya, ia ditemui di selatan Mosul kira-kira 400 kilometer di utara Baghdad.

Katanya lagi, kad pengenalan dan pangkat turut ditemui pada mayat berkenaan.

– SH/Press TV