Korea Utara meminta agensi bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk membantu mengutarakan isu berkaitan krisis makanan selepas beberapa pakar meramalkan penurunan yang ketara dalam pengeluaran tanaman tahun ini.

Pyongyang memaklumkan kepada PBB bahawa negara itu berdepan krisis pengeluaran makanan sebanyak 1.4 juta tan pada tahun ini, termasuklah beras, gandum, kentang serta kacang soya.

“Korea Utara sudah meminta bantuan daripada organisasi kemanusiaan antarabangsa di negara itu bagi menekankan isu berkenaan impak situasi keselamatan makanan,” kata jurucakap PBB, Stephane Dujarric. – AFP