Kelambu Kaabah, yang dikenali sebagai Kiswah, akan dipasang dan dipamerkan pada 20 Ogos.

Timbalan Pengarah Muzium Senibina dan Kilang  Kiswah Dua Masjid Suci, Hisham Alaadin berkata kos untuk membuat Kiswah tahun ini 25 juta riyal (kira-kira RM27.3 juta).

“Kain sutera untuk membuat Kiswah dibeli dari Itali dan kosnya meningkat disebabkan kadar pertukaran dolar Amerika Syarikat dan mata wang Euro,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Kaabah yang terletak di tengah Masjidil Haram di Makkah itu adalah kiblat atau arah semua umat Islam ketika solat.

Kiswah yang dihasilkan daripada kain sutera hitam ersulam benang emas dan perak itu berukuran 14 meter tinggi dan 47 meter panjang.

Ia terdiri daripada lima lapisan kain, termasuk tirai yang menutup pintu Kaabah, yang dijahit serta disulam kainnya, yang memakan masa antara lapan hingga sembilan bulan untuk disiapkan.

Kiswah ditukar dua kali setahun, iaitu pada Syaaban sebelum kedatangan bulan suci Ramadan dan sekali lagi pada hari Arafah.

– Astro Awani