Kementerian Luar Yaman mengecam kenyataan Setiausaha Negara Amerika yang menyatakan bahawa Washington menyokong tentera gabungan Arab Saudi.

Agensi berita SABA melaporkan bahawa, Kementerian Luar Yaman menganggap sikap pemerintah Amerika sebagai komando tentera gabungan Arab dalam pencerobohan ke atas Yaman dan mengambil bahagian dalam jenayah perang dan membunuh rakyat negara Arab.

Walaupun Senat Amerika telah mengesahkan draf untuk menghentikan sokongan terhadap pakatan Saudi. Mike Pompeo tanpa mengkritik jenayah pakatan Saudi terhadap rakyat Yaman mengatakan, kerajaan Amerika yang dipimpun Donald Trump akan meneruskan sokongannya kepada pakatan Saudi.

Senat Amerika, yang berada di bawah kawalan Republik pada hari Rabu (13/03) telah membuat resolusi dengan 54 undi yang memihak kepada 46 undi ditolak. Resolusi ini menegaskan untuk menamatkan sokongan Amerika terhadap gabungan rakyat Saudi dalam perang Yaman.