Kelemahan sistem pertahanan udara Saudi telah korban jiwa

Berikutan serangan peluru berpandu Yaman ke Arab Saudi, kesilapan dan kelemahan sistem pertahanan udara Arab Saudi menyebabkan seorang warga Mesir terkorban, lapor al-alam.

Abdul Muttalib Ahmad Husayn Ali, salah seorang pekerja di salah satu istana Riyadh terkorban akibat sistem peluru berpandu pertahanan Arab Saudi jatuh ke kawasan kediaman di ibu kota Arab Saudi.

Menurut al-Maliki, jurucakap pakatan Arab Saudi berkata sasaran peluru berpandu Yaman adalah lapangan terbang antarabangsa Raja Khalid, terletak 35 km di utara Riyadh.

“Semestinya sistem pertahanan udara Arab Saudi menyekat dan memusnahkan peluru berpandu Yaman beratus kilometer sebelum ini. Namun disebabkan prestasi yang lemah, salah satu sistem pertahanan peluru berpandu jatuh di kawasan kediaman dan menyebabkan kecederaan dan korban,” kata beliau.

Ahad malam (25 Mac), kumpulan Ansharullah melepaskan beberapa peluru berpandu dilaporkan pada beberapa sasaran penting di wilayah Saudi.

Pakatan Arab Saudi mengesahkan serangan itu dan berkata terdapat tujuh peluru berpandu yang dilancarkan dari Yaman.

Walaupun Riyadh mendakwa semua peluru berpandu telah dipintas, tetapi foto dan video yang tersebar menunjukkan sistem pertahanan udara Arab Saudi tidak berfungsi dengan baik.

sumber – MediaAdil

%d bloggers like this: