Pembangkang Arab Saudi, Al Saud, berkata putera mahkota Saudi berada dalam ketakutan dan dalam keadaan berjaga-jaga selepas kejadian tembak pada malam Sabtu di kawasan al-Khazami, Riyadh.

Menurut Tasnim International, aktivis hak asasi manusia yang menentang Al Saud mendedahkan bahawa insiden dari arahan putera mahkota bin Salman pada Sabtu malam itu berlaku kerana dia dalam kebimbangan bahawa sepupunya Muhammad bin Nayef, akan merampas kedudukannya sebagai putera mahkota.

Atas sebab ini, perbuatan bin Salman terhadap pembangkang pada insiden sabtu malam dilakukan, termasuk sekatan terhadap anggota keluarga diraja dan pegawai kanan.

Polis Riyadh mengumumkan bahawa mereka telah menembak jatuh UAV (dron) yang terbang di kawasan yang dilarang berhampiran istana dan tidak mempunyai kebenaran untuk berbuat demikian.

Sementara itu, aktivis tweeter Saudi, Mujtahid menekankan bahawa bukan seperti apa yang diumumkan kepada orang ramai. Kejadian tembak tidak ada kena mengena dengan dron, tetapi serangan itu dilakukan terhadap kenderaan yang membawa senjata berat dan melepaskan tembakan. Buat masa sekarang belum ada identiti penyerang yang menghilangkan diri, dan tujuan serangan dilakukan serta kemungkinan berlaku kecederaan.

sumber – MediaAdil