Jabatan Bomba Waqf Islam di Jerusalem berjaya mengawal api daripada merebak, sementara kawasan itu kini ditutup untuk menyiasat punca kebakaran, yang ketika ini masih belum memastikan punca kebakaran.

Kejadian kebakaran yang berlaku di kawasan kompleks Masjid Al-Aqsa bukan kali pertama berlaku. Pada 21 Ogos 1969, seorang pelampau Australia bernama Dennis Michael Rohan, pernah melakukan percubaan untuk membakar Masjid Al-Aqsa, seperti yang dipetik dari laman middleeast.com, Selasa (16/04).

Pada masa kejadian, penggera berbunyi dan pegawai yang menjaga kompleks Masjid Al-Aqsa melihat asap berkepul keluar dari kawasan masjid. Ketika dilihat dengan lebih teliti, ternyata ada kebakaran di dalam masjid.

Umat ​​Islam dan Kristian di kawasan itu segera cuba memadamkan api. Namun, usaha mereka dihalang oleh pasukan rejim zionis Israel yang sudah berada di lokasi.

Pertengkaran berlaku seketika diantara pasukan tentera rejim zionis Israel dan beberapa umah Islam dan Kristian. Sehingga akhirnya, api berjaya dipadam dalam keadaan air yang minimum diakibatkan sumber air yang sukar disaat itu.

Ketika kenderaan pemadam api dari bandar sekitar seperti Tebing Barat Nablus, Ramallah, Al Bireh, Bethlehem, Hebron, Jenin dan Tulkarem tiba, pasukan rejim zionis Israel juga menghalang mereka daripada sampai ke tempat kejadian.

Pihak berkuasa rejim zionis Israel berkata mereka sedang menyiasat punca kebakaran yang berlaku di Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis pada hari Isnin (15/04).

Ini telah dinyatakan oleh Polis Israel kepada media Al Araby, yang mengatakan bahawa mereka telah membuka penyiasatan terhadap insiden itu, lapor Sputnik International.

Sementara itu, terdapat kecurigaan bahawa kebakaran itu dicetuskan oleh kanak-kanak yang bermain dengan api, menurut kenyataan awal dari Jabatan Waqf Masjid Islam Aqsa.

Kebakaran itu tidak menyebabkan kerosakan yang ketara, tetapi bahagian-bahagian tempat ibadat yang terancam musnah yang berusia lebih dari 2,000 tahun. Jabatan Masjid Al Aqsa Waqf memuji tindakan orang awam yang memadam kebakaran dengan pantas. -Agensi