Dalai Lama kini sedang berada di sebuah hospital di New Delhi untuk menjalani rawatan. Menurut jurucakapnya, keadaannya kini jauh lebih baik daripada sebelumnya.

“Keadaannya yang mulia jauh lebih baik, tetapi dia masih menjalani rawatan di hospital,” kata Tenzin Taklha, jurubicara peribadi Dalai Lama kepada AFP pada Rabu (10/04).

“Kami berharap dalam beberapa hari dia boleh keluar dan meyambung tugasnya,” katanya.

Dalai Lama yang berusia 83 tahun itu melakukan perjalanan ke New Delhi pada pagi Selasa dan berjumpa doktor di Hospital Max selepas batuk ringan.

“Doktor bekata tiada apa yang perlu dibimbangkan, ia tidak serius dan memerlukan rehat beberapa hari,” kata Ngodup Tsering, wakil Dalai Lama di Amerika Syarikat.

Seorang jurucakap hospital Max di Delhi tidak mahu mengulas mengenai keadaan kesihatan Dalai Lama kerana adalah adalah kerahsiaan pesakit.

Walaupun pemimpin yang diasingkan itu tetap menjadi pemidato yang sangat popular, dia telah mengurangkan penglibatannya di peringkat global dan belum bertemu pemimpin dunia sejak 2016.

Terdahulu, Tenzin Taklha berkata Dalai Lama baru saja kembali ke kediamannya di Dharamsala, Himalaya, dari menghadiri pertemuan di New Delhi, Selasa (09/04).

Kemudian dia dibawa ke hospital dan didiagnosis dengan jangkitan dada. “Doktor telah mendiagnosisnya dengan jangkitan dada dan dia mesti dirawat,” katanya. – AFP