Seorang pegawai tentera laut Rusia melaporkan kapal selam nuklear milik negara ini berjaya mendekati pantai Amerika Syarikat tanpa dikesan oleh radar, lapor Sputnik.

Dalam temu bual dengan stesen televisyen Zvezda, Sergey Starshinkov mengisytiharkan kejayaan misi kapal selam Shchuka-B.

“Kapal selam itu berjaya tiba di titik destinasi, dan kembali ke pangkalannya tanpa dikesan,” kata Starshinkov.

Zvezda (bintang) adalah saluran televisyen rasmi milik Kementerian Pertahanan Rusia.

Starshinkov mendakwa kapal selam nuklear itu juga berjaya mendekati pangkalan ketenteraan Amerika Syarikat.

Beliau mengatakan Shchuka-B menjalankan misinya secara profesional.

Kapal selam ini hanya melepasi perairan bebas dan tidak melanggar sebarang sempadan negara.

Sementara itu, Angkatan Laut Amerika Syarikat pada bulan Januari mengerahkan kapal terbang USS George HW Bush di sekitar pantai Virginia. Ini dilakukan berikutan kejayaan kapal selam pengintip Rusia yang mendekati daratan Amerika Syarikat hingga jarak 27 batu.

source – MediaAdil