Kapal perang terbesar Jepun hari ini, sejak Perang Dunia Kedua berlabuh di Singapura, sebahagian daripada penghantaran dua bulan aset itu untuk merangsang keselamatan maritim di kawasan Indo-Pasifik.

“Kapal dinamakan JS Kaga itu mempunyai panjang 250 meter menyamai panjang limakolam renang Olimpik dan mampu membawa sehingga 14 helikopter,” lapor laman berita Channel News Asia.

“Penghantaran kapal ini sejajar dengan strategi bebas dan terbuka Indo-Pasifik yang digalakkan kerajaan Jepun.

Kapal itu juga direka untuk membawa jet pejuang, namun pegawai tentera laut Jepun berhati-hati dalam memperincikan kapal terbabit, sejajar dengan perlembagaan anti perang negara itu.

Laksamana Muda Tatsuya Fukuda mengatakan bahawa Angkatan Pertahanan Maritim Jepun (JMSDF) mahu menyumbang kepada keselamatan maritim di wilayah Indo-Pasifik dengan mengukuhkan hubungan dengan rakan negara serantau.

– Media Adil