Dua jet pejuang F-16 milik Belanda dihantar mengiringi sebuah pesawat dalam penerbangan dari Abu Dhabi ke Amsterdam selepas seorang penum­pang warga Amerika bertindak agresif, kata pihak berkuasa hari ini.

“Seorang lelaki berusia 29 tahun itu menjadi agresif selepas diminta oleh seorang lelaki supaya kembali ke tempat duduknya,” kata Joanna Helmonds.

“Pergaduhan tercetus dan krew pesawat bersama-sama penumpang lain berjaya menahan lelaki itu,” katanya kepada AFP, sambil enggan menamakan syarikat penerbangan atau penerbangan itu.

Sejumlah penumpang cedera ringan termasuk dua penumpang yang lebam matanya.

Pesawat itu kemudiannya diberikan kebenaran khas khas untuk mendarat dengan segera di lapangan terbang Schiphol dengan polis bertindak menangkap lelaki warga Amerika itu tidak lama kemudian.

Helmonds berkata, lelaki tersebut telah disoal siasat di lapangan terbang dan pegawai-pegawai memutuskan bahawa perbuatannya kerana kekeliruan.

Lelaki itu telah dimasukkan ke institusi psikiatri untuk pemerhatian, kata­nya.-AFP