Reuters melaporkan bahawa Jerman akan melanjutkan sekatan penghantaran senjata ke Arab Saudi sehingga akhir bulan ini susulan kebimbangan negara ini terhadap peranan Riyadh dalam perang di Yaman dan pembunuhan wartawan, Jamal Kashoggi.

Berasa bimbang tentang penglibatan Riyadh dalam konflik Yaman, Jerman bersetuju untuk menghentikan penjualan senjata ke Riyadh pada November lalu.

“Kerajaan bersetuju melanjurkan larangan eksport sehingga akhir bulan ini dan kami melakukan setelah memantau perkembangan di Yaman.

“Bukan sahaja tiada permit akan dikeluarkan hingga akhir bulan ni, tetapi produk yang diberi permit juga tidak akan dihantar,” kata Menteri Luar Jerman, Heiko Maas