Jerebu di Albay, letusan Mayon jejas kehidupan penduduk setempat

ALBAY: Gunung berapi Mayon yang meletus sejak dua minggu lalu di Filipina, masih menunjukkan pergerakan dengan magma yang berada di bawah permukaan, kata para saintis.

Pihak berkuasa bimbang letusan itu mungkin akan menjejaskan pendidikan, kesihatan serta mata pencarian penduduk tempatan.

Setakat ini, lebih 74,000 orang terpaksa berlindung di pusat pemindahan sementara susulan aktiviti gunung itu yang terus meletupkan lava, abu dan gas serta batu panas.

 

Pejabat kerajaan dan sekolah ditutup di 17 bandar dan 66 penerbangan telah dibatalkan dalam masa beberapa hari lepas.

Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina berkata, gegaran, aliran piroklastik dan pelepasan sulfur dioksida dikesan pada Rabu dan awal Khamis.

Asap tebal terus memenuhi ruang udara setinggi 5 kilometer dan menyebabkan debu di ladang-ladang dan bandar-bandar yang berdekatan, selain jerebu yang memaksa penduduk kampung memakai topeng.

Sementara itu, lava meletus sehingga 500 meter lebih tinggi dan mengalir ke bawah cerun, dengan satu aliran lava sejauh 3 kilometer dari kawah.

%d bloggers like this: