Jepun tekad kukuhkan hubungan perdagangan dengan Iran

Menteri Kewangan Jepun, Taro Aso menekankan pengukuhan hubungan perdagangan dan ekonomi negara dengan Iran.

“Saya telah meminta Amerika Syarikat (AS) untuk menjamin bahawa syarikat Jepun tidak akan dirugikan dalam proses sekatan Washington terhadap Tehran,” kata Taro Aso selepas mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat AS, Steven Mnuchin di Indonesia pada hari Khamis, lapor Kyodo News.

Beliau menambah, kepada Mnuchin saya telah berkata bahawa kita sedang menghadapi Washington untuk memberi perhatian kepada keprihatinan Tokyo.

Beliau menegaskan bahawa Tokyo mahu meneruskan import minyak dari Iran.

AS pada 8 Mei 2018 meninggalkan JCPA dan kemudian mengumumkan bahawa ia akan menjadikan eksport minyak, gas dan petrokimia Iran menjadi sifar hingga 4 November 2018.

Majoriti negara dunia termasuk China, Rusia dan Turki menentang keputusan Presiden AS Donald Trump dan mengatakan mereka tidak akan menyerah kepada kehendak presiden AS.

– Media Adil