Jabatan KDN perlu bertanggungjawab jaga keamanan negara

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob mengatakan bahawa jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertanggungjawab untuk memastikan aspek keselamatan negara terus terpelihara daripada sebarang anasir jahat.

“Bukan hanya polis atau tentera yang jaga keselamatan, tapi semua jabatan yang berada di bawah KDN mempunyai tugas masing-masing…ramai yang tidak nampak (pentingnya) fungsi mereka.

“Keselamatan bukan hanya pada faktor fizikal (senjata, kemahiran bertempur) dengan pihak luar tetapi juga menjaga keharmonian dan susun atur dalam negara agar tiada kekecohan atau timbul rasa tidak selesa di tanah air sendiri,” kata Adnan.

Dalam pada itu, Adnan turut mengingatkan ketua-ketua jabatan supaya menjalankan urusan pentadbiran secara adil dan saksama.

Kataya, ia merupakan sebahagian daripada amanah yang dipertanggungjawab terhadap mereka dalam mengurus tadbir sesebuah jabatan kerajaan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama 220 warga KDN serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang yang turut dihadiri Pengarah JBPM Pahang Datuk Abdul Wahab Mat Yasin dan Pengarah Jabatan Imigresen Pahang Muhammad Hatta Kassim.

suber – MediaAdil