Pihak berkuasa Israel mengumumkan menutup sementara semua pintu masuk di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza yang didudukinya selama lapan hari bermula hari ini.

Penutupan itu sempena perayaan Yahudi iaitu Festival Sukkot.

Langkah itu kononnya sebagai prosedur rutin, bertujuan menghalang cubaan serangan keganasan dalam tempoh berkenaan.

Difahamkan, ini adalah kali ketiga rejim Zionis menutup wilayah Palestin sepanjang bulan September.

Ia sekali gus menjejaskan urusan harian kira-kira empat juta rakyat Palestin di wilayah itu.

Sebuah NGO hak asasi manusia yang berpangkalan di Ramallah, Al-Haq berkata, penutupan itu disifatkan sebagai tidak sah di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa termasuk jenayah perang. – Agensi 

– Sinar Harian