Israel serang warga Palestin di Rafah

Helikopter tentera rejim Zionis melancarkan serangan terhadap sekumpulan pemuda Palestin berhampiran pangkalan tentera Sufa di timur bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

Menurut laporan Pusat Informasi Palestin Rabu (11 Julai), hingga berita ini diungkapkan belum ada pengesahan jumlah korban atau kerusakan yang disebabkan oleh serangan ini.

Sementara itu, layang-layang dan belon api ke kawasan Palestin yang diduduki sejak awal di Semenanjung Gaza pada 30 Mac telah bertukar menjadi perjuangan dan perlawanan rakyat Palestin.

Sebelum ini pada 8 Jun, ribuan warga Palestin mengadakan perarakan Hari Al-Quds di Semenanjung Gaza. Akan tetapi pasukan rejim Zionis melepaskan tembakan pada peserta perarakan yang menyebabkan empat orang terkorban dan ratusan lagi cedera.

sumber – MediaAdil