Tentera rejim Israel sekurang-kurangnya telah mencederakan 65 rakyat Palestin pada demonstrasi “Great March of Return” di timur sempadan Gaza.

Kementerian Kesihatan di Gaza mengeluarkan kenyataan bertulis, sekurang-kurangnya 65 warga Palestin mengalami kecederaan akibat keganasan tentera rejim Israel terhadap rakyat Palestin yang membantah pada hari Rabu di sempadan Gaza.

Pihak Berkuasa Palestin mengumumkan bahawa antara yang cedera terdapat 5 wanita dan 22 kanak-kanak.

Di samping itu, pihak berkuasa Palestin berkata 16 orang cedera akibat terkena peluru penembak tepat, sementara selebihnya mengalami kecederaan akibat terkena bom gas.

Puluhan ribu warga Palestina berkumpul di lima kawasan sepanjang sempadan Gaza, mereka melaungkan slogan untuk menuntut Israel menarik diri dari tanah air mereka.

Para penunjuk perasaan juga menggesa rejim Israel menarik sekatan di Gaza.

Rejim Israel mengisytiharkan kemerdekaannya di atas tanah Palestin pada 14 Mei 1948, selepas itu rejim Israel memaksa rakyat Palestin meninggalkan kampung halaman mereka pada 15 Mei 1948 yang lalu.

Rakyat Palestin memperingati Hari Nakbah setiap 15 Mei sebagai hari kemusnahan atau hari bencana di mana kenangan buruk pengusiran rakyat Palestin kemudian membawa kepada pembentukan negara haram Israel pada tahun 1948.

Sejak 30 Mac 2018, rakyat Palestin telah melancarkan “March Great of Return” yang aman di sempadan Gaza-Israel.

Lebih daripada 230 orang Palestin terbunuh dalam campur tangan tentera rejim Israel terhadap demonstrasi aman sejak 30 Mac. – Anadolu