Israel minta Rusia tak jual S-300 kepada Syria

Rejim Zionis Israel telah meminta Rusia supaya tidak menjual sistem pertahanan udara S-300 ke Syria.

Hal ini diungkap oleh akhbar Israel Yedioth Ahronot pada Isnin (23 April), berdasarkan kenyataan seorang diplomat Rusia yang meminta identitinya dirahsiakan.

“Israel telah meminta Rusia tidak membekalkan rejim Syria dengan sistem pertahanan udara S-300,” kata diplomat itu.

Akbar itu juga menyebutkan bahawa Kementerian Luar Israel enggan mengulas mengenai pernyataan diplomat itu.

Sementara itu, akhbar Kommersant milik Rusia memetik dari keterangan para pakar negara ini bahawa Israel mungkin akan bertindak balas negatif jika Moscow membekalkan Syria dengan S-300, dan boleh jadi akan menyerang titik-titik penempatan sistem ini di Syria.

Mereka juga mengatakan bahawa para diplomat Israel dan Rusia sama-sama berusaha meredakan ketegangan antara kedua-dua pihak berkaitan masalah ini.

Sementara itu, Menteri luar negeri Rusia Sergey Lavrov mengatakan bahawa tidak ada kekangan moral yang menghalang pembekalan Assad dengan peluru berpandu S-300.”

sumber – MediaAdil

%d bloggers like this: