Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk pelarian Palestin menyuarakan kebimbangan, selepas Datuk Bandar Israel di Baitulmaqdis berkata, beliau akan mengeluarkan agensi terbabit dari bandar itu.

Menurut pengumuman Datuk Bandar, Nir Barkat, terdapat perancangan terperinci untuk mengeluarkan UNRWA dari Baitulmaqdis dan menggantikan perkhidmatannya dengan perkhidmatan perbandaran.

UNRWA berkata, tindakan itu akan menjejaskan operasi kemanusiaannya di wilayah Baitulmaqdis Timur yang dijajah Israel.

Agensi itu mengendalikan sekolah dan pusat kesihatan terutamanya di kem pelarian Shuafat di mana 24,000 penduduk Palestin tinggal.

UNRWA kini di bawah tekanan daripada Israel dan Amerika Syarikat yang menentang fakta bahawa penduduk Palestin boleh mewariskan status pelarian kepada anak mereka dan mahu jumlah pelarian yang ditanggung agensi itu dikurangkan. – AFP