Menteri perang Israel, Avigdor Lieberman mengarahkan pengiriman bahan bakar dari Doha ke Semenanjung Gaza dihentikan. Keputusan ini diambil oleh Lieberman sebagai reaksi terhadap demonstrasi damai al-Awdah di Semenanjung Gaza dan Tanah Pendudukan, lapor al-Alam.

Dalam demonstrasi terbaru pada hari Jumaat (12 Okt), sebanyak enam warga Palestin dilaporkan mati dan berpuluh-puluh orang lain cedera.

Demonstrasi yang diadakan sejak bulan Mac sangat membimbangkan Israel.

Israel berulang kali mengancam penduduk Palestin supaya menghentikan demonstrasi ini. Walau bagaimanapun, ancaman ini tidak menjadikan rakyat Palestin berundur.

Pada hari Selasa (9 Okt) Qatar mengirimkan 35 ribu liter bahan bakar ke Semenanjung Gaza.

Pengiriman bahan bakar ini dikhususkan untuk mengidupkan tenaga elektrik di Semenanjung Gaza.

Sejak kemenangan kumpulan Hamas dalam pilihan perundangan pada tahun 2007, Semenanjung Gaza disekat bukan sahaja oleh Rejim Zionis, tetapi juga Organisasi Pembebasan Palestin(PLO).

– Media Adil