Israel hancur 5000 rumah warga Palestin sejak 1967

Laporan terbaru yang disiarkan Press TV pada Khamis (15 Mac) bahawa tentera Israel telah menghancurkan 5,000 rumah milik rakyat Palestin di Baitulmaqdis. Jumlah ini dikira sejak rejim menduduki wilayah Palestin pada tahun 1967 lalu.

Sementara itu, Pusat Penyelidikan Tanah Palestin (LRC) melaporkan pada Isnin bahawa rejim Israel telah merobohkan rumah rakyat Palestin sebanyak 1.706 unit mulai tahun 2000 hingga 2017.

Tindakan kejam ini telah menyebabkan 9.422 rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal, termasuk 5.443 anak-anak.

LRC menerangkan bahawa sehingga saat ini, kira-kira 380,000 rakyat Palestin yang hidup di bawah jajahan Israel memerlukan 2,000 unit rumah. Pada masa yang sama, kerajaan Israel mengharamkan warga Palestin dari membina rumah mereka di Baitulmaqdis.

Sejak Israel meraih kemenangan dalam perang enam hari melawan bangsa Arab pada 1967, kira-kira 70,000 penduduk Palestin di Baitulmaqdis kehilangan tempat tinggal dan terusir dari kampung halaman mereka, serta tidak dibenarkan kembali.

Sikap kejam Israel terhadap rakyat Palestin telah mendapat sokongan dari Amerika Syarikat di bawah kepimpinan Donald Trump.

Trump mengeluarkan pengakuan kontroversi mengenai Baitulmaqdis pada bulan Disember. Beliau mengakui bahawa Baitulmaqdis adalah ibu kota Israel dan segera akan memindahkan pejabat kedutaannya dari Tel Aviv ke kota suci ini.

sumber – MediaAdil

%d bloggers like this: