Remaja Palestin yang dihukum penjara lapan bulan selepas dirakam menendang dan menampar tentera Israel di luar rumahnya di kampung Nabi Saleh, Tebing Barat lewat tahun lalu dibebaskan hari ini.

Tindakan berani Ahed Tamimi, 17, yang kini dianggap sebagai srikandi Palestin itu dimuat naik secara langsung di Facebook oleh ibunya dan terus tular.

Beliau berusia 16 tahun ketika itu.

Jurucakap Perkhidmatan Penjara Israel berkata, Tamimi dan ibunya yang turut dipenjara kerana insiden itu telah dihantar ke Tebing Barat.

“Mereka telah meninggalkan penjara,” kata Assaf Librati.

–  AFP