Kerajaan mengatakan bahawa Israel membatalkan rancangannya untuk mengusir pendatang Afrika yang masuk ke negara Yahudi itu secara haram selepas gagal mencari negara yang sanggup menerima mereka, lapor AFP.

Pada awalnya rancangan itu menyasarkan 42,000 pendatang yang berasal dari Eritrea dan Sudan yang kini hidup di Israel.

Sumber yang dekat dengan kerajaan mengatakan bahawa penasihat undang-undang kerajaan sudah memaklumkan kepada Mahkamah Agung mengenai pembatalan itu selepas beberapa negara yang dirahsiakan enggan menerima pendatang berkenaan.