Perdana Menteri Benjamin Netanyahu hari ini mengatakan bahawa Israel memberi amaran akan mengerahkan tenteranya jika Iran cuba menghalang selat Bab al-Mandeb yang menghubungkan Laut Merah dengan Teluk Aden.

Minggu lalu, Arab Saudi berkata ia akan menghentikan penghantaran minyak melalui selat yang menjadi laluan utama dari Asia Barat ke Eropah itu selepas pemberontak Houthi Yaman yang menyokong Iran menyerang dua kapal di perairan itu, lapor Reuters.

Arab Saudi dan Iran sedang berdepan perang proksi selama tiga tahu di Yaman membabitkan kawasan bergolak berhampiran selatan Bab al-Mandeb.

“Jika Iran cuba menghalang Selat Bab al-Mandeb, saya yakin mereka akan berdepan pasukan gabungan antarabangsa yang sudah pasti akan menghalangnya. Gabungan ini juga akan merangkumi semua cabang ketenteraan Israel,” kata Netanyahu ketika berada di Haifa.

Sementara itu, Arab Saudi dilaporkan akan menyerahkan sebuah daerah seluas 16,000 kilometer persegi di rantau Tabuk kepada rejim Zionis Israel untuk digunakan sebagai tempat senjata kimia dan juga untuk latihan darat serta maritim.

Seperti yang dilaporkan oleh televisyen al-Alam pada Ahad (29 Jul), Tabuk adalah zon terlarang dan akan digunakan untuk misi ketenteraan dan kerjasama antara Arab Saudi dan Israel.

– Media Adil