Israel akui kekalahan di Syria

Kejayaan pasukan kerajaan Syria khususnya di berhampiran sempadan Golan, menjadi sebab terpenting kesalahan perhitungan perisikan dan dasar rejim Zionis Israel berkaitan kerajaan Syria.

Stesen televisyen Al Mayadeen, Lubnan pada Rabu (25 Jul) melaporkan, mereaksi kemenangan demi kemenangan yang diraih pasukan kerajaan Syria terutama di selatan negara itu, wartawan Rangkaian 10 TV Israel, Or Heller berkata selepas meninjau sempadan bersama sejumlah komander tentera Israel, kenyataan tidak berdasar pejabat Tel Aviv berkaitan kekalahan dan perpecahan Syria menjadi jelas bagi saya.

Wartawan Rangkaian 12 TV Israel yang berada di utara wilayah Palestin pendudukan juga memberikan testimoni bahawa pemberontak Syria lari dari Golan dan menyerahkan diri berdasarkan syarat yang melemahkan mereka.

Ia menambah, gambaran kemenangan Bashar Assad selepas tujuh tahun perang menunjukkan berakhirnya perang di sempadan Israel dan kembalinya pasukan kerajaan Syria ke kedudukan negara itu di sempadan.

Di sisi lain, bekas Timbalan Badan Keselamatan Israel dalam wawancara televisyennya menyinggung perubahan cepat aturan main di Syria yang berbalik menguntungkan kerajaan Damsyik.

Ia menuturkan, semua perkiraan mengenai peralihan kuasa di Syria, keliru dan langkah sekutu Syria seperti Rusia, Iran dan Hizbullah Lubnan untuk meraih kemenangan sudah boleh dijangka sejak setahun lalu.

Para pemerhati tentera Israel menilai latihan ketenteraan luas Israel untuk mengubah keputusan perang di Syria gagal. Mereka yakin, kejayaan pasukan kerajaan Syria dan sekutunya merebut sejumlah besar wilayah di selatan negara itu semakin mendekatkan Damsyik dengan kemenangan akhir.

– Media Adil