Kementerian Pertahanan rejim Israel sedang menyusun rancangan untuk membangunkan sistem anti-peluru berpandu laser sebagai alternatif kepada Iron Dome selepas gagal untuk memintas roket-roket daripada Palestin.

Menurut akhbar Maariv Israel, tentera rejim Zionis sedang membangunkan sistem anti-peluru berpandu laser sebagai satu daripada kelengkapan pertahanan untuk memintas roket daripada Palestin.

Kos peluru berpandu sistem Dome Iron dianggarkan sebanyak 70 ribu dolar.

Tentera rejim Zionis hanya mempunyai 10 unit pelancar Iron Dome dan jumlah ini tidak mencukupi untuk melawan berpuluh-puluh roket yang ditembak serentak oleh kumpulan daripada Palestin.

Prestasi yang cemerlang, kawalan dan koordinasi antara kumpulan penentang Palestin, menjadikan mereka berjaya menembak lebih banyak sasaran dan melumpuhkan sistem pertahanan Iron Dome.

Briged Izzuddin al-Qassam selepas peperangan terakhir di Semenanjung Gaza, menyatakan bahawa kumpulan Palestin menembak berpuluh-puluh roket serentak, berjaya mengganggu sistem pertahanan Iron Dome dan menumbangkan rejim Zionis.