Menteri Luar Iran menolak dakwaan Israel bahawa Tehran mempunyai gudang atom rahsia dan mencabar agar Israel mendedahkan program senjata nuklear haram milik negara itu kepada pemeriksa antarabangsa.

Seperti yang dipetik dari AFP, Mohammad Javad Zarif di laman Twitternya menuliskan, tidak ada hasil kerja yang akan ditunjukkan untuk mengelirukan bahawa Israel adalah satu-satunya regim di rantau ini yang memiliki rahsia dan program senjata yang tidak diisytiharkan.

Semalam, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menuduh musuhnya, Tehran memiliki gudang atom secara rahsia dan pada masa sama berjanji tidak akan membiarkan Iran membangunkan senjata nuklear.

“Israel tidak akan membenarkan rejim yang mahu memusnahkan kami untuk membangunkan senjata nuklear,” kata Netanyahu.

– Media Adil