Ini lima trend penggunaan digital dalam perniagaan tahun 2018

KUALA LUMPUR: Dalam era masa kini, penggunaan digital dilihat semakin luas dalam pelbagai bidang. Seiring dengan kemajuan teknologi, trend kehidupan manusia juga turut berubah dengan penggunaan alat digital.

Dalam satu laporan daripada Euromonitor International, terdapat lima teknologi yang kini menjadi budaya harian dan memajukan bidang perniagaan. 

Kehidupan digital dalam sebuah aplikasi

Pengguna internet di China mencecah lebih daripada 1.1 billion, iaitu angka yang melebihi pengguna Amerika Syarikat (AS) sebanyak tiga kali.

Malah, aplikasi WeChat merupakan platform media sosial yang terkenal di seluruh dunia dengan terdapat lebih daripada 1 billion pengguna.

 

Ketua Penyelidikan Pengguna Digital Euromonitor International, Michelle Evans berkata, pengguna terutama di Asia akan menggunakan satu aplikasi yang memenuhi semua keinginan mereka.

Tambahnya, WeChat merupakan cerminan kepada revolusi yang menunjukkan hala tuju internet.

Data sebagai mata wang baharu

Ledakan data pengguna telah membolehkan syarikat lebih mudah menjalinkan hubungan satu sama lain.

Teknologi akan berfungsi sebagai penggerak dari segi mengumpulkan, menganalisis dan menyebarkan maklumat yang mendatangkan manfaat.

Teknologi langganan

Peluasan perkhidmatan langganan, seperti Netflix, kini mencipta membangkitkan semula perkhidmatan penggunaan lain seperti makanan dan kecantikan.

Menerusi zaman internet ini, pengguna juga akan membuat pembelian tanpa sedar termasuk barangan harian yang sering diulang-guna.

Dompet digital kini menjadi trend dunia

Melalui kajian ini,  China dan AS merupakan dua negara paling terbesar menggunakan dompet digital. Pada tahun 2022, dijangka jumlah wang yang akan dibelanjakan di China ialah AS$2.1 million dan Amerika Syarikat sebanyak AS$1.6 million.

Teknologi di premis kedai

Walaupun penggunaan teknologi semakin luas dalam urusan pembelian, premis perniagaan masih menjadi satu isu oleh pengguna. Peruncit, pengendali makanan dan tempat hiburan menggunakan pelbagai teknologi untuk memberi pengalaman baharu kepada para pengguna.

Euromonitor International merupakan sebuah agensi yang mengkaji dan berpengalaman dalam bidang perniagaan dunia lebih daripada 40 tahun.

sumber – AstroAwani