Parti pemerintah dan parti pembangkang India mengecam komen Presiden Amerika Syarikat (A.S) Donald Trump yang dianggap memandang remeh peranan negara Asia tersebut di Afghanistan.

Mereka turut menegaskan bahawa New Delhi setakat ini telah “memainkan peranan penting sebagai rakan pembangunan” buat Kabul.

Trump pada hari Rabu berkata bahawa beliau berjaya membina hubungan baik dengan Perdana Menteri India, Narenda Modi. Akan tetapi, menurut beliau Modi secara berterusan “memberitahu saya bahawa beliau telah membina sebuah perpustakaan di Afghanistan.”

“Anda tahu apa yang saya maksudkan? Perkara ini berterusan selama lima jam kami bersama,” kata Trump kepada wartawan di White House, Washington.

“Dan (sebagai respon) kita terpaksa membalas dengan berkata, ‘oh, terima kasih untuk perpustakaan’ itu. (Secara jujur, saya tidak tahu siapa yang menggunakan fasiliti tersebut di Afghanistan,” tambah Trump yang dilihat meremehkan Perdana Menteri India itu.- Press TV