Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) menegaskan bahawa Israel masih terikat dengan undang-undang kemanusiaan antarabangsa di Tebing Barat.

“Israel mempunyai kewajipan untuk memastikan keselamatan setiap rakyat di wilayah didudukinya dilindungi.

“Selain itu, Israel perlu memberi jaminan bahawa setiap orang juga diberi kehidupan normal mengikut undang-undang, budaya dan tradisi mereka sendiri,” jelas ketua misi ICRC di Baitulmaqdis, David Quesne.

Pejabat ICRC juga melahirkan kebimbangan bahawa Israel akan memusnahkan perkampungan Palestin, Al-Ahmar di Tebing Barat dan berharap Tel Aviv supaya menghormati undang-undang.

“ICRC amat prihatin dengan keputusan Israel untuk merobohkan rumah-rumah persendirian dan struktur lain di perkampungan Khan Al-Ahmar di Kawasan C di Tebing Barat.

“Perobohan yang dirancang akan menjejaskan kehidupan dan martabat komuniti ini secara dramatik,” kata Quesne.

– SH/MEMO