ICC beri Israel amaran jangan musnah Khan Al-Ahmar

Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) memberi amaran kepada Israel bahawa sebarang tindakan memusnahkan perkampungan Khan Al-Ahmar sebagai satu bentuk jenayah perang.

Khan Al-Ahmar terletak di Baitulmaqdis Timur dan menjadi kediaman kepada masyarakat Badwi Palestin sejak 1967.

Ia terletak beberapa kilometer dari dua kawasan besar penempatan haram Israel di wilayah diduduki.

“Pemindahan oleh kuasa penakluk, sebahagian penduduk awamnya ke wilayah-wilayah yang didudukinya, sama ada secara sengaja ataupun tidak adalah suatu jenayah di bawah Statut Rom.

“Saya akan terus mengawasi perkembangan di sana dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sesuai,” kata Pendakwa Raya ICC, Fatou Bensouda.

Pihak Israel telah mengeluarkan notis supaya penduduk Khan Al-Ahmar meroboh dan memusnahkan rumah serta sekolah mereka sendiri sebelum 1 Oktober ini.

Israel enggan mengiktiraf komuniti Badwi Al-Jahhalin atau memberi mereka permit membina bangunan, sebagai strategi terancang bagi merobohkan mana-mana kediaman yang dibina tanpa kebenaran. – Middle East Monitor