Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memandang serius isu kanak-kanak yang tidak berikan vaksin hingga boleh mendatangkan kemudaratan.

Timbalan menterinya, Hannah Yeoh berkata sekiranya siasatan mendapati wujud kecuaian terhadap kanak-kanak itu hingga menyebabkan kematian, ibu bapa boleh boleh didakwa di bawah Akta Kanak-Kanak.

“Akta Kanak-kanak punyai fasal kecuaian, vaksinasi sangat penting untuk kesihatan kanak-kanak.

“Kami merancang untuk mengambil tindakan terhadap ibu bapa yang mengabaikan kesihatan kanak-kanak dengan tidak memberikan vaksin. Ia bukan sahaja memberi impak kepada anak, tetapi kanak-kanak yang lain juga,” katanya kepada wartawan pada Selasa.

Beliau berkata demikiam sebagai mengulas mengenai keenganan segelintir ibu bapa untuk memberi vaksin kepada anak-anak hingga boleh memudaratkan kesihatan mereka.

Ia merujuk kepada kes kematian seorang kanak-kanak lelaki baru-baru ini di Johor Bahru yang disyaki akibat jangkitan difteria pada 21 Februari lalu.

Kanak-kanak berusia dua tahun satu bulan itu dilaporkan tidak pernah memerika suntikan imunisasi. – Astro Awani