Kumpulan Houthi di Yaman menafikan tuduhan bahawa mereka melakukan serangan peluru berpandu balistik yang menyasarkan kota Mekah.

Jurucakap Houthi Kolonel Yahya Seri mendedahkan melalui media sosial bahawa bukan kali pertama rejim Saudi menuduh kumpulannya melancarkan serangan ke Mekah.

Kolonel Yahya Seri menyifatkan kenyataan Saudi itu sebagai “satu tuduhan untuk melindungi jenayah terhadap rakyat Yaman dengan menyalahgunakan kedudukan Mekah di hati umat Islam”.

Pertahanan Udara Arab Saudi semalam memintas dua peluru berpandu yang disasarkan ke kota Mekah.

Krisis itu meningkat pada tahun 2015 apabila sebuah gabungan ketenteraan yang diketuai oleh Saudi melancarkan kempen serangan udara di Yaman untuk menyerang Houthi.