Hamas: Tujuan serangan ke Syria untuk lindungi Israel

Gerakan Muqawama Islam Palestin (Hamas) dalam satu kenyataan menyebut serangan Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya ke atas Syria sebagai pencerobohan terang-terangan ke atas umat Islam dan Arab.

Menurut laporan Pusat Maklumat Palestin, Sami Abu Zuhri, jurucakap Hamas dalam kenyataan ini selain mengecam serangan AS dan sekutunya ke Syria mengatakan bahawa tujuan dari pencerobohan ini adalah melemahkan kekuatan di Syria demi melindungi kewujudan rejim penjajah Zionis Israel dan membantu kemajuan rencana busuk rejim ini.

Jurucakap Hamas menambah, kami menekankan pentingnya menamatkan perselisihan, ketegangan di antara negara-negara Arab, persatuan mereka, menepis segala bentuk konflik dan pertumpahan darah, mengukuhkan kekuatannya, menghormati permintaan dan kehendak yang lain sebagai faktor asas dalam menghadapi segala bentuk kemungkinan serangan dan pencerobohan.

AS, Perancis dan Britain hari Sabtu pagi (14 April) dengan alasan serangan kimia di kawasan Douma, Damsyik menuduh kerajaan Syria di balik serangan ini dan tanpa izin Majlis Keselamatan PBB melakukan serangan tentera ke negara ini.

sumber – MediaAdil

%d bloggers like this: