Gerakan Pelawanan Islam Palestin, Hamas mengeluarkan kenyataan rasmi pada hari Selasa yang menolakan untuk memulakan normalisasi hubungan dengan Israel, dan menganggapnya sebagai rencana Amerika Syarikat (AS) untuk menutupi kejahatan rejim Zionis.

Hamas menyeru dunia Islam, termasuk negara-negara Arab untuk menolak cadangan normalisasi dengan Israel.

Hamas melihat normalisasi hubungan dengan rejim Zionis sebagai satu jenayah utama terhadap rakyat Palestin.

Menurut Hamas, Tel Aviv kini aktif mengejar hubungan resmi melalui institusi atau tokoh dari pelbagai negara dengan tujuan pengiktirafan rasmi kewujudan Israel menjelang ulang tahun Nakbah.

Pada masa yang sama, Israel meningkatkan penangkapan dan pembunuhan warga Palestin, serta membangunkan daerah Zionis yang bertepatan dengan penyebaran Yahudisme di wilayah Palestin yang diduduki.

Putera Mahkota Arab Saudi sepanjang tahun lalu telah meningkatkan normalisasi hubungan antara Riyadh dan Tel Aviv.

Mohammed bin Salman mengakui kewujudan rejim Zionis dan tidak peduli hak-hak Palestin yang telah diduduki oleh Israel.

Dia dalam temu bual dengan majalah AS, The Atlantic pada selasa (3 April) mengatakan bahawa Arab Saudi mempunyai kepentingan bersama dengan Israel.

Arab Saudi juga telah membuka ruang udara negaranya untuk kali pertama untuk penerbangan komersial ke Israel bulan lepas. Padahal selama 70 tahun, ruang udara Saudi tidak pernah dibenarkan dibuka untuk destinasi Israel.

sumber – MediaAdil