Brigade Ezzedine Qassam, sayap tentera Hamas melakukan latihan tentera di Jalur Gaza pada hari Ahad (25 Mac) yang disebut sebagai “latihan tentera untuk pertahanan.”

Pusat Info Palestin melaporkan tentera Israel menamakan gerakan Brigade Ezzedine Qassam sebagai perkembangan baru dalam taktik kumpulan.

“Gerakan ini mempunyai beberapa mesej termasuk kesediaan Brigade Ezzedine Qassam untuk menghadapi rejim Zionis,” kata tentera Israel.

Hanya kali ini para pemberontak di Jalur Gaza mengumumkan kebolehannya kepada orang ramai.

Pergerakan ini dilakukan selepas tentera Israel baru-baru ini mengadakan latihan besar-besaran, termasuk latihan tentera tahunan dengan Amerika Syarikat yang telah berlangsung hampir sebulan.

Sementara itu, Menteri Perang Israel, Avigdor Lieberman berkata bahagian depan rejim Zionis tidak ada kesediaan tempur di wilayah Palestin yang diduduki.

Israel mahu mengenakan dasar pengembangannya ke atas negara-negara di rantau ini melalui tindakan ketenteraan dengan sokongan Amerika Syarikat.

sumber – MediaAdil