Gunung Anak Krakatua (GAK) terletak di Selat Sunda terus mengeluarkan lava hingga aliran lava memasuki lautan.

Bahkan kini, gunung itu masih aktif.

“Hanya gegar dan ledakan lava sahaja. Kita sentiasa merekodkan gegaran yang semakin kerap berlaku,” kata Petugas Pos pantau GAK, Denny Mardiono kepada Liputan6.

Percikan lava di gunung berapi yang memisahkan Pulau Jawa dan Pulau Sumatera tersebut masih tinggi.

“Namun masih berada di peringkat waspada.

“Ledakan lava dan gegaran gunung masih berterusan sehingga kini,” katanya.

Dari pos pantau yang jarak 42 kilometer dari Anak Krakatau, petugas sentiasa memantau penduduk, nelayan, agar berada pada jarak dua kilometer dari pantai.

“Masyarakat di wilayah pantai harap bertenang dan jangan mempercayai berita tidak sahih tentang Gunung Anak Krakatau yang akan menyebabkan tsunami.

“Mereka boleh melakukan tugas seharian seperti biasa dengan sentiasa mengikuti arahan pihak berkuasa,” katanya.

Berdasarkan sejarah, gunung ini pernah meletus debu, batu dan asap menjulang lebih dua kilometer ke udara menyebabkan rantau itu diselubungi kegelapan dan mencetuskan tsunami besar hingga mengorbankan 36,000 nyawa.

Bukan itu sahaja, kekuatan ledakan mencapai 30,000 kali bom atom yang berlaku di Hiroshima dan Nagasaki pada Perang Dunia II.