Google naikkan harga YouTube TV

NEW YORK: Syarikat induk Google, Aphabet Inc menaikkan harga bagi perkhidmatan dalam talian YouTube TV bagi pelanggan baharunya.

Ia berikutan langkah syarikat itu menambah beberapa saluran daripada Time Warner Inc iaitu Turner, National Basketball League dan Major League Baseball, kata syarikat itu pada Rabu.

Kurang setahun selepas ia melancarkan YouTube TV, syarikat itu menaikkan harganya kepada AS$40 sebulan daripada AS$35 sebulan selepas ia menambah saluran Turner termasuklah TNT, CNN, TBS dan tidak lama lagi akan turut menambah saluran MLB Network dan NBA TV, kata syarikat berkenaan.

Google sedang mengembangkan tawarannya pada masa ini apabila jumlah pesaing yang turut menawarkan perkhidmatan yang sama turut bertambah seperti Dish Network Corp’s Sling TV, AT&T’s DirectTV Now dan Hulu.

Semua saluran itu juga bersaing untuk mengatasi jumlah penonton yang membatalkan langganan kabel mereka bagi menonton rancangan kegemaran mereka secara dalam talian.

Empat syarikat kabel dan satelit terbesar itu kehilangan 1.5 juta pelanggan televisyen berbayar pada 2017.

DirectTV Now kini mempunyai lebih dua juta pelanggan, menurut AT&T.

Sling TV, Hulu and YouTube TV tidak mendedahkan jumlah pengguna yang mereka ada tetapi firma penyelidikan BTIG menjangkakan masing-masing mempunyai 2.1 juta, 500,000 dan 350,000 pengguna pada penghujung tahun 2017.

Kos bagi tawaran pesaing ini bermula daripada AS$20 bagi tawaran asas Sling TV yang mempunyai 30 saluran, AS$39.99 bagi Hulu yang menawarkan lebih 50 saluran. -Reuters

%d bloggers like this: