Gol Sendiri Ranapkan Impian Liverpool

ANFIELD: Selepas dikejutkan pasukan tercorot Swansea City dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool tersungkur dalam saingan Piala FA Inggeris kepada West Brom 3-2 awal pagi ini.

Walaupun mendominasi permainan, Liverpool gagal untuk menjaringkan gol selepas West Brom menyumbat tiga gol pada separuh masa pertama.

Liverpool bermula garang apabila Roberto Firminho menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-5.

Laluan Liverpool semakin sukar apabila pemain pertahanan Liverpool, Joel Matip menjaringkan gol sendiri pada akhir separuh masa pertama.

The Reds cuba untuk menyamakan kedudukan dalam separuh masa kedua tetapi hanya mampu menjaringkan satu gol melalui Mohamed Salah pada minit ke-78.

Ini merupakan kekalahan pertama Liverpool di Anfield sejak 23 April tahun lepas.

%d bloggers like this: