Pertempuran Palestin dan Israel dihentikan berikutan gencatan senjata ekoran usaha Mesir untuk mengembalikan keamanan di wilayah bergolak itu sejak 2014.

Pertempuran dihentikan pada pukul 5 petang waktu tempatan.

Sejak Isnin lalu tentera Israel telah melakukan serangan udara mengorbankan tujuh orang Palestin dan merosak beberapa bangunan di Gaza yang diperintah oleh Hamas.

Hamas membalas serangan itu dengan melancarkan roket ke kawasan penduduk di Israel memaksa orang ramai menyelamatkan diri di tempat perlindungan.

Sejak Perang Gaza 2014 wilayah berkenaan tidak pernah aman dan dalam pertempuran selama 50 hari itu 2,100 rakyat Palestin terbunuh di Gaza kebanyakan orang awam dan 66 tentera Israel dan tujuh orang awam Israel terbunuh. – Reuters