KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi kuat melanda Pulau Lombok, Indonesia iaitu tidak jauh daripada lokasi tumpuan pelancong republik itu, Bali pagi ini.

Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) gempa bumi berukuran 6.4 skala Ritcher itu berpusat di 1.4 kilomter barat daya Lelongken, Indonesia.

Gempa bumi pada kedalaman tujuh kilometer itu berlaku pada pukul 6.47 pagi ini.

Pihak berkuasa Indonesia mengeluarkan amaran kuning.

Sementara itu, menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi itu berlaku kira-kira 56 km Timur dari Mataram, Indonesia.

Jelas MetMalaysia, tiada ancaman tsunami dikeluarkan setakat ini.

– Astro Awani