Sekurang-kurangnya sepuluh orang telah meninggal dunia akibat demam denggi dan berpuluh-puluh lagi telah dijangkiti wabak itu baru-baru ini di Aden yang terletak di selatan Yaman, menurut sumber perubatan.

“Dalam beberapa minggu lepas, virus demam denggi telah menyebabkan kematian seramai 10 orang dan bepuluh-puluh lagi telah terkena jangkitan di Aden, ini adalah ancaman gelombang penyakit baru,” sumber dalaman Jabatan Pengawasan Epidemiologi Kementerian Kesihatan di Aden memberitahu akhbar “Al-Araby Al-Jadeed” pada hari Ahad (17/03).

Sumber itu juga menyatakan bahawa keadaan alam sekitar semakin memburuk, yang disebabkan oleh pembuangan kumbahan di kasawan jalan dan kawasan kejiranan. Ini adalah penyebab utama pembiakan nyamuk yang menyebarkan penyakit itu.

“Daerah Al-Mansoura mendahului senarai daerah Aden dengan jumlah kes jangkitan,” tambahnya lagi

Sumber itu mengesahkan bahawa keadaan epidemiologi “mengatasi malapetaka kesihatan yang hampir pasti”, menyeru untuk meningkatkan keupayaan agar dapat bersiap sedia di semua hospital dan menyediakan bekalan ubat dan penyelesaian perubatan yang diperlukan untuk menangani penyakit ini.