Duta Amerika ikut Raja Muda Perlis agih zakat

Di Perlis zakat kini diedarkan oleh Raja Muda sendiri dengan diiringi mufti dengan turun terus ke rumah penerima.

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail biasanya akan mencemar duli mengayuh basikal berkumpulan ditemani Datuk Dr Asri Zainul Abidin dan rombongan Majlis Agama Islam Perlis (Maips).

Kadang kala terdapat juga aktivis Islam luar negara yang turut serta bagi melihat sendiri pendekatan mesra ini.

Bagaimanapun, kali ini Raja Muda ditemani tetamu istimewa apabila Duta Amerika Syarikat (AS) ke Kuala Lumpur Kamala Shirin Lakhdhir turut serta dalam kayuhan terbaru semalam.

“Kayuhan Menyantuni asnaf Maips semalam disertai oleh duta Amerika Kamala Sharin Lakhdhir.

“Beliau melihat sendiri bagaimana Maips masuk dari kampung ke kampung menyantuni asnaf,” dedah Asri dalam Facebook beliau semalam.

Lakhdhir tampil sopan berseluar trak hitam panjang dan kemeja T merah.

Tuanku Syed Faizuddin pula seperti biasa tampil dengan gaya santai baginda berkemeja T tanpa lengan dan berseluar track panjang.

Kesemua mereka kelihatan mengayuh basikal jenis mountain bike.

Dr Asri tidak mendedahkan lokasi kunjungan mereka walaupun memuat naik gambar-gambar berkaitan di Internet.

sumber – MalaysiaKini

%d bloggers like this: