Drone Yaman serang sistem telekomunikasi Saudi di Hodeidah

Angkatan udara tentera dan jawatankuasa rakyat Yaman pada hari Ahad (8 Julai) melancarkan serangan menggunakan drone ke atas sistem telekomunikasi gabungan pimpinan yang diketuai Arab Saudi di wilayah Hodeidah.

Hal ini disampaikan oleh Kementerian Pertahanan dalam kenyataan yang diperoleh Agensi Berita Yaman, SABA.

“Serangan drone tersebut mensasarkan sistem telekomunikasi di pantai barat,” sebut kenyataan itu.

Sementara itu, pada hari yang sama, Presiden Majlis Tertinggi Politik Yemen, Mahdi al-Mashat memuji peranan besar yang diberikan oleh rakyat dari wilayah Hodeidah dalam perang melawan gabungan yang dipimpin oleh Arab Saudi di pantai barat.

Mahdi menekankan pentingnya perpaduan dan keharmonian nasional terhadap pencerobohan dan mengatasi rancangan Arab Saudi yang menargetkan Yaman.

Kenyataan itu disampaikan semasa mesyuarat presiden dengan wakil parlimen Hodeidah.

Pertemuan itu juga membincangkan situasi kemanusiaan, pengepungan penuh dan peningkatan ketenteraan berterusan oleh gabungan rakyat Yaman, terutama di pantai barat.