Sebuah dron yang dilengkapi kamera kepunyaan rejim zionis Israel jatuh di suatu kawasan di timur Semenanjung Gaza, demikian lapor sumber berita ditempat kejadian.

Menurut sumber itu lagi, peralatan udara itu merupakan dron empat kipas dan disyaki telah jatuh akibat masalah teknikal. Pihak rejim menggunakan dron untuk tujuan pengawasan dan melancarkan serangan ke atas kedudukan pejuang Palestin.

– Palestin Kini