Delegasi usahawan dan wakil kerajaan rejim Israel telah membatalkan rancangan untuk mengambil bahagian dalam persidangan perniagaan di Bahrain ketika kemarahan rakyat Bahrain atas peningkatan hubungan kerajaan Bahrain dengan rejim Israel, setelah bertahun-tahun melakukan hubungan dua hala secara rahsia.

Jurucakap Kementerian Ekonomi rejim Israel berkata bahawa, lawatan yang dirancang ke Bahrain minggu ini oleh Menteri Ekonomi Israel Eli Cohen telah “ditangguhkan kerana masalah politik.”

Kira-kira 30 usahawan dan wakil kerajaan rejim Tel Aviv dijangka mengambil bahagian dalam acara tersebut, yang dianjurkan oleh Rangkaian Keusahawanan Global yang berpusat di Amerika dan akan diadakan di Manama dari 15 hingga 18 April.

Sekurang-kurangnya 3 wakil bakal berucap termasuk wakil ketua Pihak Berkuasa Inovasi Israel dijadualkan berucap pada majlis tersebut

“Semasa kami memberitahu delegasi Israel bahawa mereka akan dialu-alukan, mereka memutuskan pagi ini tidak datang kerana kebimbangan keselamatan dan keinginan untuk tidak menyebabkan gangguan kepada 180 negara peserta lain,” kata pengerusi organisasi Jonathan Ortmans kepada Reuters.

Pada awal bulan ini, ulama paling terkenal di Bahrain, Sheikh Isa Qassim mengutuk keputusan rejim Manama untuk menjadi tuan rumah delegasi Israel di persidangan perniagaan.

“Menjadi tuan rumah dan bermah mesra dengan Zionis di Kongres Keusahawanan Global, adalah satu langkah yang berani di jalan yang tidak patut, ia adalah penghinaan, menyerah diri, dan lemah,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di rangkaian televisyen Lua Lua.

Beberapa protes jalanan juga diadakan di Manama bagi mengutuk langkah kerajaan Bahrain berkenaan lawatan rajim Zionis yang dirancang ke negara tersebut.